Tuesday, August 17, 2010

Pemilihan Jenis Perniagaan

Menulis blog sebenarnya tidak susah jika kita memang ada isi dan perkara untuk disampaikan. Kali ini aku teruskan mengenai cerita tentang pemilihan perniagaan. Sebelum aku menghabiskan pengajian di salah satu institusi pengajian awam, aku telah pun memikirkan mengenai perkara ini. Memandangkan aku tidak mempunyai modal yang besar untuk menjalankan perniagaan yang besar, maka perniagaan internet ialah salah satu option yang aku fikirkan terbaik.

Tetapi, untuk memulakan perniagaan, kita mestilah ada sesuatu yang boleh dijual dan diperlukan oleh orang ramai. Antara produk yang aku fikirkan berpotensi untuk dijual ialah rempah ratus kerana di negara ini, amat mudah untuk kita dapatkan rempah ratus. Idea ini diberikan oleh salah seorang rakan tetapi idea ini tidak berkekalan lama kerana ianya masih memerlukan modal yang bagi aku ketika itu agak banyak dan pengurusannya yang mungkin memakan masa. Memandangkan ketika itu aku masih student dan final year project masih belum siap, aku memilih untuk menjadi affiliate produk dan amazon menawarkan fungsi tersebut. Maka, lahirlah laman web pertama aku iaitu http://www.supermans-shop.com/ Ini ialah laman web perniagaan pertama aku. Walaupun hanya memberi keuntungan yang tidak seberapa, tapi aku dapat belajar beberapa perkara seperti pembelian domain, penggunaan google adword,penggunaan google analytics dan beberapa perkara lain.

Satu lagi perkara yang aku belajar mengenai perniagaan internet ialah, antara perkara yang penting untuk menjual ialah dengan pengiklanan dan dunia internet mempunyai pelbagai cara pengiklanan. Walaubagaimanapun, apa yang lebih penting ialah pengiklanan yang berkesan kerana sesetengah cara pengiklanan tidak dapat memberi kita prospek yang kita inginkan, visitor ramai tetapi tiada yang membeli. Memilih cara pengiklanan adalah salah satu perkara yang terpenting, jika tidak membuat pilihan yang tepat, kita hanya akan mengalami kerugian dalam pengiklanan.

Kesimpulan untuk percubaan pertama perniagaan yang aku lakukan ialah aku gagal dalam menjual tetapi aku berjaya dalam memperoleh beberapa ilmu dan pengetahuan baru yang tidak diajar oleh mana-mana pensyarahku. Kegagalan menjual ini ialah satu cabaran kerana bagiku, aku gagal kerana strategi yang salah, perniagaan umpama permainan video games, selagi aku tidak berjaya menang, akan aku cuba sampai berjaya.

InsyaAllah..

No comments:

Post a Comment