Wednesday, August 18, 2010

Kenapa Pilih Perniagaan.

Pertama sekali, maaf la kalau blog ni mungkin kelihatan membosankan kerana tiada gambar, belum dapat mood dan idea lagi untuk upload gambar yang sesuai (^_^)

Sambung cerita.. Ketika aku melihat ramai rakan-rakan aku mendapat kerja dalam bidang yang sepatutnya aku teruskan, aku masih lagi berkeras untuk mencuba bidang perniagaan. kekadang, terdapat juga desakan daripada orang-orang tua yang inginkan aku supaya mendapatkan kerja yang "stabil" dan "terjamin". Mungkin bagi mereka, kalau kerja di industri, kedudukan aku lebih stabil tetapi bagi aku, kalau kerja di industri, kita tidaklah sestabil mana kerana kita akan terikat dengan dasar syarikat, mereka boleh buat apa sahaja untuk kepentingan syarikat seperti pindahkan tempat kerja malah memecat juga mereka mampu buat. Selain itu, pengalaman latihan industri yang aku jalani di salah satu syarikat swasta membuatkan aku serik untuk bekerja dibawah orang lain. Biarlah aku kerja sendiri walaupun pendapatan tak seberapa, lagipun apa guna jika beharta tetapi tiada masa?

So, aku masih disini ketika aku menulis catatan ini, pasaran internet yang luas tanpa sepadan namun tetap masih ada halangan. Dari masa kesemasa, aku belajar tentang penggunaan internet dan dikala ini, baru aku tersedar tentang pasaran bloggers yg amat-amat luas walaupun kadang-kadang blog itu tidak lebih dari sekadar umpama catatan peribadi untuk tatapan umum tetapi masih mampu mendapatkan visitor yang ramai. Sebelum ini, aku mengabaikan blog tetapi melihat kepada potensi yang ada melalui blog, aku akan cuba amik kesempatan yang ada (tak semestinya melalui blog aku ni, mungkin blog orang lain juga atas persetujuan dengan tuan punya blog)

Salah satu yang menariknya tentang perniagaan ialah cabaran kita dalam merancang perniagaan. Semua perniagaan boleh berjaya jika kena caranya. Aku pernah dengar, pengiklanan ialah komponen terpenting dalam perniagaan dan aku bersetuju dengan pendapat tu. Di dunia internet ini, macam-macam jenis dan cara pengiklanan yang ada seperti Adwords, Adbrite, Yahoo Advertising, Facebook, banner-banner di blog dan macam-macam lagi. Dalam proses aku mengenali semua ni, ada yang dapat mampu beri keuntungan tetapi aku juga tidak terlepas dari mengalami kerugian, tetapi aku tidak kisah semua tu sebab aku masih dalam proses pembelajaran. Memilih pengiklanan itu adalah amat penting kerana ianya perlu bersesuaian dengan target pelanggan. Contohnya, jika nak jual produk kanak-kanak, tapi iklankan di blog remaja. Mungkin terdapat visitor hasil daripada pengiklanan tersebut tetapi untuk dapatkan pembeli itu mungkin sesuatu yang mustahil. Akhirnya, kita juga yang rugi kerana terpaksa menanggung kos pengiklanan tersebut.

Apapun, semua itu adalah satu proses dalam mengenal pasaran yang ada didunia ini. Oklah, mungkin setakat ni saja catatan cerita untuk kali ni, next post mungkin aku akan ceritakan tentang project pertama aku yang aku lancarkan di dunia tanpa sempadan ini.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca catatan hamba yang tidak seberapa ini.

No comments:

Post a Comment