Sunday, August 15, 2010

Pendahuluan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Buat pertama kalinya dalam hidup aku, aku menulis blog. Aku bukanlah jenis yang suka menulis tetapi kali ini, aku paksa diriku ini untuk menulis. Blog ini akan menjadi satu catatan dan kenangan buat aku di suatu hari nanti. Satu jalan hidup yang aku pilih dan aku cuba untuk memperolehi kejayaan melaluinya iaitu melalui perniagaan internet, perniagaan tanpa sempadan dimana terdapat berjuta pelanggan didalamnya, satu prospek yang besar dengan modal yang amat kecil. Di kala aku menulis blog ini, aku masih lagi dalam perjalanan untuk memahami, mengaplikasi, mengujikaji segala yang berkaitan dengan perniagaan internet. (mungkin dikala anda membaca blog ini, aku sudah berada disatu tahap yang lain, harapnya..)

Semasa di universiti, perniagaan bukanlah kos yang aku ambil tetapi aku rasakan hidup sebagai perniaga lebih menarik berbanding hidup sebagai engineer, doktor dan lain-lain. Jika difikir-fikirkan, perniagaan mempunyai banyak kelebihan berbanding profession lain antaranya: ketua bagi segala profession ialah perniaga, tanpa perniaga, tiada profession seperti engineer dan lain-lain. Kita juga bebas untuk menentukan cara hidup kita dan tidak terikat dengan sebarang peraturan bekerja (hanya peraturan agama yang perlu kita patuhi). Terdapat banyak lagi kelebihan berniaga yang aku rasa korang boleh pikir sendiri dan yang lebih penting, berniaga juga adalah satu bidang yang Rasulullah ceburi, sesungguhnya, berniaga itu mempunyai 9/10 daripada pintu rezeki. Bagiku, jika gagal berniaga, bukanlah disebabkan bidang tersebut, tetapi disebabkan kita sendiri yang salah strategi atau cara kita berniaga dan menguruskan perniagaan (walaupun ketika ini aku masih lagi belum berjaya)

Di dalam blog ini juga, akan aku kongsikan ilmu perniagaan internet seperti cara pengiklanan, cara buat web, dan lain-lain sesungguhnya ilmu itu milik Allah. Terima kasih sekali lagi kerana sudi meluangkan masa untuk membaca pendahuluan ini. Semoga ianya dapat memberi faedah kepada mereka yang membacanya. InsyaAllah.

18

No comments:

Post a Comment